Saturday, February 26, 2011

perjalanan ini (2) - untuk anak-anakku tersayang

oleh Nor Haizat pada pada 09hb Januari 2011 pukul 12.04 ptg

anak-anakku
ada tikanya
kita meniti titian yang rapuh
yang di bawahnya ada aliran air yang deras
jangan biarkan kita jatuh sayang
kerana kita tak mahu hanyut

anak-anakku
ada tikanya
kita meniti titian yang goyang
yang di bawahnya ada jurang-jurang yang tajam
jangan biarkan kita tergelincir sayang
kerana kita tak mahu tubuh tertusuk

anak-anakku
kita sedang meniti titian ini
tanpa tahu apa likunya
tanpa tahu apa ranjaunnya
hulurkan tanganmu sayangku
agar kita bisa berpaut
hulurkan jua bahumu
agar kita bisa bersandar
kerana tautan dan sandaran itu
bisa menjadikan kita kuat

anak anakku
dalam meniti titian ini
jangan sesekali kita alpa
kerana kita ada Dia
kpdNya kita berserah
kepadaNya kita menyerah
agar perjalanan ini
terus diredhai

idea yang ntah hapa-hapa

No comments:

Post a Comment